For English, click here.
Apakah tempoh kempen ini?
Kempen bermula dari 15 Julai 2023 hingga 16 September 2023.
Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?
Kempen ini boleh disertai oleh:
- Pengguna Kad Mesra fizikal, atau digital melalui aplikasi Setel, atau dengan nombor telefon yang didaftar dengan akaun Mesra;
- Warganegara Malaysia; dan
- Berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas.
Adakah kakitangan PETRONAS atau rakan kongsi PETRONAS layak menyertai kempen ini?
Tidak, kakitangan kumpulan PETRONAS ataupun anak syarikat PETRONAS, agensi/organisasi, dan rakan kongsi yang terlibat dalam penganjuran kempen ini adalah tidak layak untuk menyertai kempen ini.
Bagaimanakah saya boleh menyertai kempen ini?
Terdapat beberapa cara untuk menyertai kempen ini:
- Isi minyak minimum RM 50 untuk setiap transaksi di mana-mana stesen PETRONAS untuk:
- iPETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race;
- PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive;
- PETRONAS Dynamic Diesel;
- PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive;
- Perbelanjaan minimum RM 10 untuk setiap transaksi di Kedai Mesra yang terdapat di mana-mana Stesen PETRONAS, kecuali rokok-rokok, tambah nilai ‘Top-Up’, Touch N’ Go and ePay.
- Perbelanjaan minimum RM10 melalui aplikasi Setel untuk setiap transaksi untuk semua perkhidmatan yang disediakan di dalam aplikasi Setel. Contohnya:
- Kafé Mesra
- Pembayaran runcit dan dalam talian (Contoh: imbas dan bayar di kaunter, DuitNow QR, Deliver2Me, PETRONAS Shop)
- Insurans Motor dan Takaful
- Pembaharuan Roadtax
- Pengecasan EV
- Bantuan Kereta 24 Jam
- Parkir
Apakah hadiah yang ditawarkan untuk kempen ini?
Hadiah Utama
Baucar Minyak Satu Tahun bernilai RM3,000.00 x 10 pemenang (Pemenang dikendaki membuat perbelanjaan terkumpul sebanyak RM600 sepanjang tempoh kempen dan pemenang akan diumumkan selepas kempen tamat)
Hadiah Bulanan
- Baucar Setel bernilai RM100 x 200 pemenang (100 pemenang sebulan)
- PETRONAS Syntium 3000 E 0W20 x 10 pemenang (5 pemenang sebulan)
- PETRONAS Sprinta F900 10W50 x 10 pemenang (5 pemenang sebulan)
- Pakej Servis AutoExport bernilai RM250 x 4 pemenang (2 pemenang sebulan)
Adakah saya masih layak jika saya tidak mengaktifkan keahlian Mesra saya melalui aplikasi Setel?
Untuk menyertai kempen ini dan menikmati faedah yang ditawarkan, sila pastikan keahlian Mesra anda adalah aktif. Anda boleh aktifkannya melalui aplikasi Setel atau di www.setel.com.
Ini adalah supaya kami dapat mengenalpastikan penyertaan anda dan mengesahkan kelayakan anda di dalam kempen ini.
Bagaimanakah saya boleh mendapatkan peluang untuk menyertai kempen ini melalui pembelian di Kafé Mesra?
Anda hendaklah membuat pembelian Kafé Mesra anda melalui mod pembayaran Setel. Sila pastikan keahlian Mesra anda adalah aktif.
Adakah saya layak untuk menyertai kempen ini sekiranya saya membuat pembelian Gas LPG atau Minyak Pelincir di stesen PETRONAS?
Ya, anda layak untuk menyertai kempen ini melalui pembelian Gas LPG atau Minyak Pelincir PETRONAS di stesen PETRONAS.
Apakah tempoh durasi untuk saya layak memenangi Hadiah Utama?
Untuk Hadiah Utama, ahli Mesra harus berbelanja dari 15 Julai sehingga 16 September 2023 (2 bulan).
Pemenang dikendaki membuat perbelanjaan terkumpul sebanyak RM600 sepanjang tempoh kempen dan pemenang akan diumumkan selepas kempen tamat.
Bilakah tempoh perbelanjaan untuk melayakkan saya memenangi Hadiah Bulanan?
| M1 | 15 July 2023 – 15 August 2023 |
| M2 | 16 August 2023 – 16 September 2023 |
Bolehkah saya menggunakan ciri “CardTerus” di dalam aplikasi Setel untuk mendapatkan penyertaan kempen?
Ya, transaksi melalui ciri ‘CardTerus’ di dalam aplikasi Setel layak untuk menyertai kempen ini. Sila pastikan keahlian Mesra anda adalah aktif.
Bagaimanakah pemenang akan diberitahu?
Para pelanggan yang terpilih akan dihubungi oleh PETRONAS Mesralink untuk proses pengesahan dan mereka harus menjawab soalan-soalan mudah sebelum dipastikan sebagai pemenang.
Bolehkah pelanggan Smartpay kad fizikal atau digital menyertai kempen ini?
Tidak, seperti tertakluk di dalam terma dan syarat untuk kempen ini.
Sekiranya saya dipilih sebagai pemenang Hadiah Bulanan, adakah saya layak memenangi Hadiah Utama?
Tidak, setiap pemenang hanya akan menerima satu (1) hadiah sepanjang kempen ini.
Di manakah boleh saya merujuk kepada terma dan syarat lengkap kempen ini?
Anda boleh merujuk kepada laman web: www.mymesra.com.my.
Bolehkah saya gabungkan perbelanjaan isian minyak bersama pembelian Kedai Mesra di dalam satu resit?
Ya, anda boleh gabungkan pembelanjaan isian minyak bersama pembelian Kedai Mesra di dalam satu resit.
Sila pastikan kriteria perbelanjaan adalah dipenuhi untuk layak menyertai kempen.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.