Apakah inisiatif eMADANI?
- Program eMADANI merupakan satu inisiatif Kerajaan yang telah diumumkan di bawah
kerangka ‘Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat’. - Program ini bertujuan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai di samping
meringankan beban kewangan rakyat. - Program ini dijangka memanfaatkan lebih 10 juta rakyat Malaysia, melalui tawaran kredit
eMADANI bernilai RM100 yang boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia
perkhidmatan e-dompet yang terpilih. - Pada masa yang sama, penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian akan
turut menawarkan inisiatif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai (cashback),
diskaun, mata ganjaran (reward points) dan ‘coins’.
Mengapa saya tidak boleh menuntut kredit eMADANI?
Malangnya, kami terpaksa menghentikan tuntutan eMADANI kerana kerana kuota Setel bagi eMADANI sudah penuh. Tetapi jangan risau, anda masih boleh menuntut melalui e-dompet yang lain di bawah program eMADANI.
Siapakah yang layak menerima kredit eMADANI ini?
Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Mencapai umur 21 tahun ke atas pada tahun 2023
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ATAU mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod LHDNM pada 15 Julai 2023
- Belum membuat sebarang tuntutan dengan mana-mana e-Dompet
- Sudah menjalankan proses pengesahan akaun
Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’
(eKYC) sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.
Bilakah program ini akan bermula dan berakhir? Adakah kredit eMADANI dan insentif yang diberikan mempunyai tarikh luput?
- Permohonan kredit eMADANI hanya boleh dibuat sekali bagi setiap pemohon yang layak, mulai jam 8.00 pagi, 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam, 20 Februari 2024.
- Setelah kredit berjaya dipohon, ia perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 malam, 29 Februari 2024. Selepas tarikh akhir ini, baki kredit eMADANI yang tidak digunakan akan luput secara automatik daripada e-dompet pemohon.
- Bagi insentif yang ditawarkan, pulangan tunai tiada tarikh luput tapi setiap eBaucar mempunyai tarikh luput masing-masing. Anda boleh merujuk kepada eBaucar tersebut untuk maklumat lanjut.
Apakah yang boleh saya beli menggunakan kredit eMADANI tersebut?
Anda boleh menggunakan kredit RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e- dompet pilihan anda, KECUALI:
- pemindahan “peer-to-peer”;
- penebusan tunai;
- bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- pembelian permainan (“games”) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
- bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
- aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan
- transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.
Bagaimanakah saya akan tahu sama ada saya layak?
Anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan setelah anda membuat permohonan dalam aplikasi Setel.
Bilakah saya akan mendapat tuntutan kredit RM100 eMADANI?
Sekiranya anda memenuhi kelayakan eMADANI dan telah melalui proses verifikasi e-KYC, anda akan menerima RM100 secara ‘one-off’ ke dalam e-dompet anda. Mengikut kebiasaan, proses ini boleh mengambil 24 jam sehingga 5 hari dari tarikh permohonan.
Adakah saya akan dimaklumkan sekiranya permohonan saya gagal?
Ya, anda akan menerima notifikasi tentang status permohonan anda.
Mengapa permohonan saya lambat diluluskan?
Permohonan anda mungkin lambat kerana mempunyai masalah pengesahan identiti anda.
Untuk info tentang permohonan anda, anda boleh menghubungi kami di hello@setel.com. Anda mungkin perlu mengemukakan maklumat tambahan, sebagai contoh menghantar salinan kad pengenalan untuk tujuan verifikasi.
Apa yang boleh saya lakukan jika tuntutan eMADANI saya ditolak?
Baca article kami tentang apa yang boleh dibuat jika tuntutan eMADANI ditolak.
Adakah terdapat proses bagi sebarang pertikaian (‘dispute’)?
Ya. Sebarang pertikaian boleh dikemukakan kepada kami di hello@setel.com.
Bagi permohonan yang gagal akibat pengenalan diri tidak sah, anda mungkin perlu menghantar maklumat tambahan untuk verifikasi semasa proses pertikaian.
Bolehkah saya menuntut eMADANI di Setel Lite?
Tidak, eMADANI hanya tersedia di aplikasi Setel.
Bagaimana cara untuk saya dapatkan sehingga RM80 pulangan tunai dari Setel?
Untuk mendapatkan pulangan tunai, tuntutan eMADANI anda mestilah berjaya.
Pengguna baharu
Bagi pengguna baharu yang mendaftar mulai 4 Disember 2023, anda boleh mendapat 5% pulangan tunai apabila anda membelanjakan RM10 terkumpul untuk
- Petrol di mana-mana Stesen PETRONAS menggunakan aplikasi Setel, sehingga 50 kali (untuk maksimum RM25 pulangan tunai)*.
- Kedai Mesra, sehingga 10 kali (untuk maksimum RM5 pulangan tunai)*.
Pengguna sedia ada dan pengguna baharu
Untuk pengguna sedia ada dan pengguna baharu yang mendaftar mulai 4 Disember 2023, anda boleh dapatkan
- 5% pulangan tunai dengan perbelanjaan terkumpul RM200 di mana-mana PETRONAS Shop fizikal, sehingga 5 kali (untuk maksimum RM50 pulangan tunai )*. Pulangan tunai tidak akan diberikan untuk pembelian baucar di PETRONAS Shop.
- 10% pulangan tunai untuk peniaga rakan kongsi terpilih
- Cafe Mesra
- MYDIN
- Tealive
- Chatime
- PLUS
- KK Mart
- Old Town
- Village Grocer
- BIG, Leisure Grocer
- OTK
- BSC fine foods
- Pasta Panas
- redBus
- Bake with Yen
- 10% pulangan tunai untuk Insurans Kenderaan dengan Setel untuk sebarang jumlah yang dibeli (untuk maksimum RM 300 pulangan tunai)*.
- RM20 pulangan tunai untuk Penggantian Bateri Kereta*.
- sehingga RM240 Kredit Setel apabila anda memohon kad kredit petrol*.
- RM450 Kredit Setel apabila anda membeli kereta dengan Setel*.
- RM350 Kredit Setel apabila anda menjual kereta dengan Setel*.
Di bawah adalah contoh situasi.
- Alim membelanjakan RM2 dan RM9 untuk 2 transaksi petrol pertamanya di Stesen PETRONAS dengan aplikasi Setel. Memandangkan dia telah mencapai jumlah minimum RM10 untuk petrol yang diperlukan untuk memenuhi matlamat pulangan tunai pertama, dia mendapat pulangan tunai RM0.50 pertama.
- Tambahan RM1 daripada transaksi petrol sebelumnya tidak akan dibawa ke hadapan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan terkumpul untuk matlamat pulangan tunai seterusnya. Sebaliknya, jumlah itu akan ditetapkan semula dan dia perlu membelanjakan jumlah terkumpul sebanyak RM10 sekali lagi untuk mengakses matlamat pulangan tunai seterusnya.
*Sila rujuk terma dan syarat kami untuk maklumat lanjut mengenai pulangan tunai daripada Setel."
Bagaimanakah cara untuk menuntut pulangan tunai ini?
Pulangan tunai akan diberikan secara automatik apabila anda mencapai perbelanjaan minimum yang diperlukan melalui pembayaran dengan Dompet Setel atau dompet eMADANI. Anda akan menerima notifikasi setelah pulangan tunai dikreditkan ke Dompet Setel anda.
Manakah boleh saya menggunakan pulangan tunai ini?
Pulangan tunai ini boleh digunakan di mana-mana lokasi/kedai yang menerima cara pembayaran melalui Setel.
*Tertakluk terma & syarat
Selain daripada pulangan tunai, apa lagi yang boleh saya Setel dengan eMADANI?
Bukan sekadar pulangan tunai. Nikmati pelbagai eBaucar istimewa dan menarik daripada kedai-kedai terpilih!
Bagaimanakah cara untuk menuntut eBaucar?
Baca artikel kami tentang cara untuk menuntut eBaucar.
Adakah eBaucar boleh digunakan di mana-mana kedai?
eBaucar hanya boleh digunakan di kedai-kedai terpilih mengikut terma dan syarat eBaucar tersebut.
*Tertakluk terma dan syarat.
Apakah terma dan syarat untuk mendapatkan sehingga RM80 pulangan tunai daripada Setel?
- Transaksi hanya layak mendapat pulangan tunai jika ia dibuat di antara 8.00 pagi pada 4 Disember 2023 hingga 11.59 malam pada 29 Februari 2024.
- Jika perbelanjaan terkumpul anda melebihi jumlah minimum yang diperlukan untuk memenuhi matlamat pulangan tunai, jumlah yang melebihi tidak akan dibawa ke hadapan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan terkumpul untuk matlamat berikutnya.
- Pulangan tunai daripada Setel tidak boleh dipindah milik sama sekali dan akan dikreditkan kepada pemilik sah e-dompet Setel mengikut permohonan yang dikemukakan semasa proses pengesahan.
- Pemohon boleh menggunakan pulangan tunai RM80 daripada Setel di semua tempat di mana Dompet Setel diterima.
- Setel berhak untuk mengubah dan meminda terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
Terdapat perniagaan/peruncit fizikal yang tidak mempunyai penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan saya sebagai kaedah pembayaran. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran?
Anda boleh menggunakan kod QR DuitNow bagi membolehkan pembayaran dibuat. Kesemua penyedia perkhidmatan e-dompet di bawah program eMADANI mesti didaftarkan dengan DuitNow.
Oleh itu, jika peruncit pilihan anda tidak membawa kod QR e-dompet pilihan anda, pembayaran masih boleh dibuat dengan menggunakan kod QR DuitNow.
Saya hanya akan mencapai umur 21 tahun pada akhir tahun 2023, adakah saya layak
untuk program ini?
Ya, warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun pada tahun 2023 adalah layak untuk
program ini, tertakluk juga kepada syarat dalam Soalan 2 di atas.
Saya pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini. Adakah saya turut layak menerima eMADANI?
Penerima eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini kerana mereka telah menerima manfaat daripada kredit eBeliaRahmah yang diperkenalkan untuk memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Saya merupakan graduan baharu yang baru mula bekerja. Saya pernah menerima kredit eBeliaRahmah sebelum ini sebagai pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi berdaftar; adakah saya layak untuk program ini?
Tidak, pemohon yang telah menerima kredit eBeliaRahmah tidak layak untuk program ini.
Adakah saya dibenarkan untuk membuat pemindahan "peer-to-peer" atau penebusan tunai?
Tidak dibenarkan. Kredit eMADANI tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan "peer-to-peer" atau penebusan tunai.
Mengapakah saya tidak dibenarkan untuk membuat pemindahan "peer-to-peer" atau penebusan tunai?
Program eMADANI adalah bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai. Oleh itu, kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat atau QR DuitNow.
Jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan "peer-to-peer" atau penebusan tunai, pihak Kerajaan boleh mengambil langkah untuk menyekat akaun yang terlibat dan melucut hak kredit mereka.
Terdapat tawaran penebusan tunai bagi kredit eMADANI di laman media sosial, adakah ia dibenarkan?
Anda dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan sebarang taktik penipuan oleh ‘scammer’ yang menawarkan penebusan tunai bagi kredit eMADANI atau tawaran-tawaran lain kerana ini akan memberi risiko terhadap kehilangan kredit anda.
Pihak Kementerian Kewangan tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
Bagaimana maklumat peribadi saya diperolehi dan adakah maklumat tersebut dilindungi?
- Data berkenaan kewarganegaraan, umur, penerima STR serta pendapatan atau data-data lain yang berkaitan akan diperolehi dan disahkan melalui jabatan Kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDNM. Data peribadi tersebut tidak akan dikongsikan dengan Setel.
- Sebarang masalah privasi data yang berkaitan dengan e-dompet tertakluk kepada peruntukan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).
Saya merupakan peruncit luar talian yang tidak mempunyai fasiliti pembayaran e-dompet. Bolehkah penerima eMADANI berbelanja di premis saya?
Tidak. Peruncit digalakkan untuk menyertai platform e-dompet yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow agar penerima eMADANI boleh berbelanja kredit eMADANI mereka di kedai anda.
Mengapa RM100 yang saya terima tidak boleh digunakan untuk pembelian dalam talian?
Inisiatif eMADANI adalah untuk kegunaan secara fizikal. Ini seiring dengan objektif Kerajaan untuk meningkatkan penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan peruncit, terutama sekali dalam sektor PMKS.
Pada masa yang sama, baucar, diskaun, dan inisiatif tambahan lain yang diberikan layak untuk digunakan dalam talian dan luar talian.
Saya baru mendaftar sebagai pembayar cukai pada 16 Julai 2023; adakah saya boleh memohon progam eMADANI, walaupun mempunyai pendapatan berjumlah RM100,000 dan ke bawah setahun?
Tidak layak. Untuk maklumat lanjut senarai penuh kelayakan eMADANI, sila rujuk Soalan 2.
Bagaimana empat (4) penyedia perkhidmatan e-dompet tersebut dipilih untuk program ini?
Kerajaan telah mengundang 10 penyedia perkhidmatan e-dompet utama (berdasarkan volum transaksi dan pengguna aktif) untuk bekerjasama dalam program ini dengan garis panduan serta terma dan syarat program yang telah ditentukan oleh Kementerian Kewangan (MoF). Ini termasuk kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eMADANI yang diberikan oleh Kerajaan.
Setelah melalui proses perbincangan dan penilaian, empat (4) penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch‘n Go eWallet telah memberi komitmen penyertaan dalam program ini. Kesemua syarikat e-dompet ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian. Jaringan yang kukuh dan luas membolehkan program ini dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh negara.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.