Anda cuma perlu berbelanja sebanyak minimum RM5 dengan Setel atau DuitNow QR di mana mana kedai terpilih untuk menuntut eBaucar. Kemudian, hanya tinggal pilih untuk tebus baucar tersebut.
Setiap pemberian eBaucar akan disertakan dengan notifikasi ke telefon bimbit anda.
Untuk menuntut eBaucar anda, tekan tab Ganjaran.
Pergi ke bahagian Semua tawaran dan cari Rakan Baucar eMADANI. Terokai pelbagai baucar yang telah ditawarkan oleh Rakan Niaga Setel. Kemudian, pilih dan tekan baucar yang diingini.
Tekan Tebus Sekarang.
Pilih bilangan baucar yang ingin anda tebus, kemudian tekan Pasti.
Anda akan dapat melihat paparan diatas sekiranya penebusan baucar tersebut berjaya. Anda perlu aktifkan baucar untuk menggunakannya. Anda boleh tekan Lihat untuk pergi ke laman Baucar saya untuk mengaktifkan baucar. Anda juga boleh pergi ke laman Baucar saya dengan tekan Profil lalu Baucar saya.
Pilih baucar yang anda ingin guna.
Leret ke kanan pada peluncur.
Tekan YA.
Tunjukkan kod baucar kepada juruwang untuk diimbas.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.