Ralat sistem
Jika tuntutan anda ditolak/gagal akibat ralat sistem, kami mencadangkan anda cuba lagi selepas 5 minit.
Tidak boleh merayu
Jika tuntutan anda ditolak atas sebab-sebab berikut, anda tidak akan boleh membuat rayuan.
- Anda telah menuntut kredit eMADANI dengan e-dompet lain.
- Anda pernah menerima eBeliaRahmah.
- Tempoh tuntutan telah tamat.
- Dana telah melebihi jumlah tuntutan.
- Dana tidak lagi boleh dituntut melalui Setel.
Boleh merayu
Tuntutan anda ditolak atas sebab-sebab berikut namun jika anda mempunyai bukti bahawa maklumat tersebut adalah salah, anda boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan melalui aplikasi Setel.
- Kerakyatan anda tidak diiktiraf.
- Nama dan nombor KP anda tidak sepadan.
- Nombor KP anda tidak sah.
- Rekod anda tidak dijumpai di dalam Jabatan Pendaftaran Negara.
- Anda tidak berumur 21 tahun pada 1 Januari 2023. Harap maklum bahawa hanya tahun yang diambil kira, jadi mereka yang lahir pada 1 Januari adalah sebaya dengan mereka yang lahir pada 31 Disember.
Comments
0 comments
Please sign in to leave a comment.